Thursday, September 29, 2011

Dialog minah bandar...


Assalamualaikum geng,lame tak menaip so gua luangkan mase untuk menaip entry terbaru hari nie.Baru-baru nie gua ada kenal seorang perempuan  dalam FB tak tau pulak yang dia nie budak satu poli  dan satu lorong dengan rumah sewa gua.Nak dijadikan cerita satu malam gua ada la chat2 dengan dia kat FB sajer jer bosan2 xada niat pon nak usha,dia nie junior gua.(junior???oh shitt not my taste hahaha ketawa dengan agkuhnyer).Dari perbualan yang ringan terus melarat-larat kebende laen,malam 2 gua berdebat besar dengan dia nasib la dia perempuan kalau x mau dah dapat kaki dengan gua disebabkan gua nie senior dia merangkap lelaki yang x suke merendahkan kaum yang lemah gua layankan jer la ape yang dia cakap walaupun hati nie dah berbulu habis sebab kena layan dia sambil tengok hantu bonceng hilang stim gua nak layan movie malam 2.

 Dia persoalkan bila  tiada hiburan  remaja akan ketinggalan dan membantutkan tumbesaran remaja kiranya setiap negara mesti kena ada mall,wayang dan shopping kompleks ke?bullshit!!ape jenis fikiran ko nie?seperti yang kita tau remaja adalah peyumbang terbesar kepada masalah sosial yang utama kepada negara kita dan hiburan adalah antara peyebab kepada masalah sosial remaja .Bagi gua untuk mendidik remaja kite perlu pupuk nilai2 murni dalam jiwa sejak mereka kecil dengan nilai kasih sayang dah didikan agama yang cukup tu lagi penting untuk membentuk salsiah dan jati diri dalam hidup remaja itu sendiri.

"Aku tak sosial aku tak nampak pon ape masalah hiburan kat situ",kita bukan hidup dalam GUA jangan hanya berfikir tentang diri sendiri.Woi minah bandar gua mugkin budak kampung yang lahir dan dibesarkan bawah pokok getah tapi gua rase mak gua xpenah ajar gua pentingkan diri sendiri,sebab adanya orang2 macam lu ramai la baby2 comel xsempat kenal pon mama dan papa dorang..

"Abes aku kena buat perhimpunan ??bangkang hiburan kat malaysia??baru tak dikire pentingkan diri??macam tuh??kita lahir2 jer memang dah ada hiburan so enjoy la.kau pon suka hiburankan"..Woi minah bandar memang la gua xtolak hiburan tapi biar la berpada2..lu cakap lu xsosial pandai jage diri tapi sedar x bila adanya permintaan gologan yang berfikiran macam lu nie makin banyak la pusat hiburan,karaoke dan macam2 lagi la.gua xcakap semua 2 salah tapi..semua 2 peyumbang pada masalah sosialkan...gua xrisaukan lu pon pegi mati la dengan ego lu tu tapi fikirkan adik-adik kecik lu 2 akan jadi budak baek ke dia besar nanti?Gua xsuruh lu sertai mana2 perhimpunan bangkang hiburan kat negara nie tapi lu boleh cuba mula dengan diri lu sendirikan susah ke?

"Kes maksiat tertinggi dekat johor berlaku dekat kawasan kampung contoh simpang renggam,so??orang kampung yang tak membangun sangat lagi teruk dari bandar salah hiburan ke budak2 kampung tuh sosial?salahnye ialah takda hiburan.takda aktiviti tak penah hapy dengan alam remaja tula wat benda2 bodoh na hepy tak nampak dunia luar".Woi minah bandar gua xcakap yg hiburan 2 punca utama masalah sosial gua ckp salah satu faktor masalah sosial..HAHAHA!!!nampak sangat yang lu nie bodohkan..kampung sekarang bukan macam dulu beb,macam2 ada mak gua cakap dok kampung pun internet dihujung jari(amboi maju mak gua sekarang heheh.)so kiteorang nie xterpinggir macam lu sangkakan.Internet pon salah satu hiburan gak an..budak bandar ke kampung jer same jer lu jangan nak cakap budak2 kampung xhiburan dan otak sempit.sebenarnya lu pun sedarkan akibat hiburan nie tapi lu still nak petahankan hujan lu yang bodoh 2.


"Ok now ko cakap dekat aku hapa aku boleh buat??ko bagi ar idea??suruh aku duduk dalam gua ke?so aku tak minta hiburan then masyarakat pun tak terpesong kau cakap dengan aku tak guna aku rakyat biasa manusia biasa,aku bukan PM".Hahahah tau pun lu bukan duduk dalam GUA sedar pun so lu kena berfikir megikut keadaan sekeliling dan bermasyarakat bukan hanya pendapat individu semata-mata.Memang kita xada pangkat dan x berkuasa tapi kita ada hak bersuara sebagai rakyat malaysia.Mungkin kita xdapat sedarkan semua masyarakat dan ubah apa-apa pun tapi dengan adanya gologan minoriti nie x mustahil suatu hari kita dapat membendung masalah sosial dinegara kita.

Gua sebenarnya  bukan nak berdebat sangat pon hal nie dengan minah bandar tapi gua nak dia buka mata dan sedar yang kita hidup di negara nie bermasyarakat jangan mementingkan diri sendiri je.kalau ape yang gua taip nie salah gua mintak sori gua pon ilmu x cukup sekadar memberi pandagan huahuahau....

Friday, September 23, 2011

THiS LoVE HAs KiLLing Me...

When we love someone, we already allow the heart to get  hurt...
 
If we love someone truly we have confirmed this heart to be hated...

When we are too missing truth, we have been ready to forget...

Although very painful but that fact of life and 
the lessons that we must endure everyone called beloved.

Saturday, September 10, 2011

Orang kata WANITA nie ibarat....

Orang kata WANITA nie ibarat bola sepak...
sebelum dapat kejar..
dah dapat sepak sesuka hati.



Orang kata WANITA nie macam bulu tangkis...
sebelum guna usap..
dah dapat pukul sampai lunyai.


Orang kata WANITA nie macam bola golf..
sebelum guna simpan..
dah dapat pukul kuat-kuat.


Orang kata WANITA nie macam bola tampar..
sebelum guna jaga..
dah dapat tampar selagi boleh.



Orang kata WANITA nie macam bola baling..
sebelum guna peluk..
dah dapat baling jauh-jauh.


.
Tapi bagi gua WANITA nie ibarat bola rugbi..
sebelum dapat kejar..
dah dapat peluk,jaga dan lindugi dari segala bahya





p/s:nape orang suka cakap player rugbi playboy aek?gua xpon hahahah...

Thursday, September 8, 2011

This is the real meaning of raya???

Assalammualaikum geng ape cerita raya korang best????sebenarnya gua malas nak cerita pasal hari raya nie sebab gua tahu luorang pun bosankan baca bende same jer bermula awal puasa sehingga ke hari raya boleh dikatakan setiap entry blogger2 berkesah tentang hari rayakan..See!! itu belum termasuk entry bullshitt! cerita pasal baju raya dia ada berapa tahun nie,apa kejadah dok canang baju raya hangpa kat blog nie!!!mungkin baju dia ada lebih labuci kot tahun nie hahahah!.Come on la geng!! raya bukan semata-mata tentang meraihkan kemenagan selepas kita berpenat lelah berpuasa selama sebulan..


                 
Bagi segelintir masyarakat kita sekarang hari raya adalah hari yang perlu diraihkan dengan penuh meriah tanpa memikirkan erti raya itu sebenarnya adakalanya sehingga berlebih-lebihan sehinga terjadi pembaziran..gua pun pelik kadang2 bila tengok makcik-makcik pegi kedai baju borong semua kain yang ada,dalam hati gua amboi anak makcik nie beso macam gergasi ker sampai beli kain bermeter-meter dasyat!! hahahah.Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27)..





Paling gua sedih sepanjang bulan syawal nie kita dihidangkan dengan pelbagai hiburan seperti konsert,movie dan drama berkaitan hari raya mana perginya rancagan yang berunsurkan keislaman yang disajikan ketika bulan ramaddan  dulu?lu orang boleh tengok masa puasa artis2 nie sebok buat amal kebajikan,tutup aurat segala tapi bila raya semua terdedah siap bergelek sakan bila meyanyi fuck off!! ibarat macam bulan puasa nie kita kena jaga setiap pelakuan kita tapi bila dah raya kita bebas lakukan ape saje...so kalau macam 2 tak ada beza kita nie dengan setankan???hahahah...Gua nak tekankan yang pentingnya rancagan2 yang berunsur keislaman ini untuk memupuk kesedaran masyarakat terutamanya remaja tehadap islam itu sendri...Yang gua tak boleh bla bila setiap drama yang disiarkan mesti nak sedih2 nak nagis2 dah kurang idea ke pengarah kat Malaysia nie sedangkan terdapat firman Allah yg menyatakan hari raya berupakan hari kesyukuran di atas nikmat yang telah diberikan serta kita disuruh bertakbir membesarkan Allah di atas tanda kejayaan dan kegembiraan selepas sebulan berpuasa...


Sebagai umat islam kita haruslah menghidupkan hari raya itu dengan takbir dan tahmid memuji kebesaran ilahi tanda kesyukuran atas segala limpah kurnia yang telah diberikan kepada kita.kita juga digalakan bermaaf-maafan serta ziarah menziarahi bagi megeratkan silaturahim.Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t bermaksud dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.Daripada hadis pula sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Maksudnya Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.


So itu just pandagan gua jer tak ada kaitan or ditujukan pada sapa-sapa,sebagai manusia kita diberi akal dan fikiran untuk menilai sesuatu itu baik atau buruk so pandai2 luorang la nak gunakanya macam mana samaada nak tergolong dalam gologan bijak pandai ataupun  golongan bebal yang makin ramai diluar sane hahahahah!!!.......adios..



Sunday, September 4, 2011

HaTI iNi...

Taman hati yang telah lama dibujurkan itu
jangan ada sesiapa yang cuba menyapunya.
biarkan...biarkan daun-daun kering itu
pasrah menanggulangi panas mentari dan debuan kelam,
mana tahu ia bisa jadi baja
untuk pohon-pohon kembang lain tegak subur
kemudian,wajib pula tegar menunggu keputusan takdir.


Taman hati yang indah berseri itu,
Tidak tercapai bak langit nan biru,
kiranya bunga liar ini menumpang teduh,
Adakah akan dianggap penceroboh??...
Jika kehadiranku tidak disenagi,biarlah ku layu terbiar menyepi,
mungkin waktunya ku undur diri,Tempatku bukan disini....


Taman hati itu semakin berseri,
Bunga nan satu kembang mewangi,
namun kehadiranya seolah membunuh,
siapakah rumput untuk tumpang berlabuh...?
tatkala pohon berduri melingkar merapati,
Matinya sang rumput tiada peduli,
namun lupakah kau..???
Taman tak berlalang adalah taman yang gersang.


Taman hati yang dulunya berseru dikelilingi bunga mewangi,
kini semakin kering,semakin layu,semakin mati....
Tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan
Tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis,
Dan apabila bah melanda,rosaklah segalanya...
Namun mungkinkah pelangi berseri di sebalik gunung yang sunyi?